Untuk membuat tempahan Homestay Umi PD sila hubungi 0126116344 (En Suhairi ) atau 0132593065 (Kak Ana ). Bayaran deposit RM50 diperlukan untuk confirm. Jumpa di PD!
Setelah sekian lama bertungkus-lumus, akhirnya lengkaplah sudah Rumahtamu PD ini sedia untuk dikunjungi. Rumahtamu ini adalah berkonsep moden di mana perabot dan kelengkapan lain dipilih dan diatur bagi menyerlahkan temanya.
Berbekalkan tips dari pengusaha homestay ootai, beberapa alat kelengkapan elektrik utama sedang dicari. Kelengkapan lain seperti perabot, peti ais, sofa dan lain2 akan menyusul insha Allah.
Alhamdulillah penantian selama kira-kira setahun telah berakhir pada 3 Mac 2016. Pemaju telah memanggil kami untuk temujanji penyerahan kunci rumah. Kami memasuki rumah buat kali pertama pada 15 April 2016, hari Sabtu. Terima kasih kepada North Elegance Property Sdn Bhd yang telah menyiapkan rumah kami dengan begitu kemas sekali. Hanya terdapat beberapa kecacatan kemasan yang perlu dibaiki.
Bulan Ogos 2015 keadaan rumah telah hampir siap. Pemaju berharap kunci bakal diserahkan pada bulan Disember 2015 atau penghujung Januari 2016. Kami setia menunggu. Hanya kerja-kerja infrastruktur yang masih belum dihabiskan oleh pemaju.