Posts

Showing posts from 2016

Cara Membuat Tempahan

Image
Untuk membuat tempahan Homestay Umi PD sila hubungi 0126116344 (En Suhairi ) atau 0132593065 (Kak Ana ). Bayaran deposit RM50 diperlukan untuk confirm. Jumpa di PD!

Rumahtamu PD Sedia Menerima Kunjungan Anda

Image
Setelah sekian lama bertungkus-lumus, akhirnya lengkaplah sudah Rumahtamu PD ini sedia untuk dikunjungi. Rumahtamu ini adalah berkonsep moden di mana perabot dan kelengkapan lain dipilih dan diatur bagi menyerlahkan temanya.

Mencari Perkakas Rumah

Image
Berbekalkan tips dari pengusaha homestay ootai, beberapa alat kelengkapan elektrik utama sedang dicari. Kelengkapan lain seperti perabot, peti ais, sofa dan lain2 akan menyusul insha Allah.

Pasang Grill Keselamatan

Image
Sebaik sahaja mendapat kunci kami terus mencari kontraktor grill. Pemasangan selesai pada hari ini. Alhamdulillah

Penyerahan Kunci Rumah

Image
Alhamdulillah penantian selama kira-kira setahun telah berakhir pada 3 Mac 2016. Pemaju telah memanggil kami untuk temujanji penyerahan kunci rumah. Kami memasuki rumah buat kali pertama pada 15 April 2016, hari Sabtu. Terima kasih kepada North Elegance Property Sdn Bhd yang telah menyiapkan rumah kami dengan begitu kemas sekali. Hanya terdapat beberapa kecacatan kemasan yang perlu dibaiki.

Menghampiri Tarikh Penyerahan Kunci

Image
Bulan Ogos 2015 keadaan rumah telah hampir siap. Pemaju berharap kunci bakal diserahkan pada bulan Disember 2015 atau penghujung Januari 2016. Kami setia menunggu. Hanya kerja-kerja infrastruktur yang masih belum dihabiskan oleh pemaju.

Taman Belida telah ditemui

Image
Bulan Februari 2015 kami mencari sebuah rumah untuk dijadikan rumahtamu keluarga. Pencarian kami bermula di Lumut, Perak dan berakhir di Taman Belida, Port Dickson. Peta laluan ke Taman Rekaletak rumah teres setingkat tersebut